Kalau nak pegi masjid..
Satu artikel menarik tulisan Ulil Abshar-Abdalla. Petikan:
"Saya curiga, tampaknya masjid-masjid kita kini bukan lagi tempat umat bisa menambah wawasan keagamaannya dengan cerdas, tapi justru menjadi tempat untuk merawat 'kesemenjanaan' atau mediokrisi. Dari hari ke hari, umat dijejali dengan demagogi, ceramah yang sarat dengan klise, repetisi materi yang membosankan, dan kadang caci-maki yang menyuburkan rasa benci."
Baca artikel di laman Jaringan Islam Liberal.

6 Comments:
Kalau di Indonesia pun ada kerisauan, apa lagi di Malaysia.
Semenjak dua menjak ini, masjid-masjid di Malaysia sudah sangat malap. Tiada lagi kuliah yag bincang isu serius, bagai melangkah ke belakang membincang isu-isu mundane. Konon tidak mahu menyinggung sesiapa.
By
Jiwa Rasa, at 10:51 AM
salaam~
kalau saya punya masjid, akan saya namakannya masjid Abu Dzarr. saya mahu jadikan masjid itu berkecuali dari mana2 kem politik kepartian.
dan, masjid itu akan mendidik masyarakat supaya beragama dengan rasionaliti iman, dan menyebar ajaran ruhani yang memberkas --> ritual agama + wacana + harakah.
malah, di dalam masjid tersebut, akan saya bina beberapa gelanggang futsal, rumah rehat, dewan serbaguna, kelas tuisyen, dll.
saya mahu jadikan masjid Abu Dzarr itu sebagai masjid teladan --> sepertinya masjid Salman di ITB. ada mana2 hartawan yang sanggup membiayai ide saya ini?
By
Aqil Fithri, at 12:04 PM
"Konon tidak mahu menyinggung sesiapa."
Memang, orang yang selalu klaim "neutral," "apolitikal," etc biasanya yang paling politikal.
Aqil,
Saya yang sinikal pun tertarik dengan idea ini. Pada saya, agama itu sendiri perlu ditafsirkan semula, supaya tidak jadi pemisahan agama dengan kehidupan yang diamalkan sebahagian besar Islamis, walaupun mereka klaim sebaliknya. Mungkin akan ditulis artikel untuk ummahonline.
By
Haris Zalkapli, at 6:28 PM
slaam,
masjid medan caci maki, nak kata apa, memang sahabat Rasulullah sendiri mulakan, maki dan cemuh dan cela keluarga Nabi Muhammad SAW.
dan orang terbanyak termasuk para ulama, kata tak apa - sampai akhirnya cucu Nabi Muhammad pun disembelih, pun tak apa.
Durjana!
By
Faisal Tehrani, at 4:36 PM
idea masjid tu...saya teringat usaha Imam (lupa nama dia) dalam novel Imam karya Pak Abdullah Hussin. Mahu mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti.
Saya teringat juga usaha seorang pakcik kawan saya yang mengadakan kenduri kahwin diperkaranganm asjid. Memang menjadi buah mulut orang kampung. Tapi, nak tak nak, dia usaha juga. Dan dia masih lagi berusaha menggalakkan anak buahnya berkenduri disana.
By
Norziati MR, at 6:36 PM
Memfitnah para sahabat Rasulullah nampak gayanya ni, hmmm...
By
Anonymous, at 9:55 PM
Post a Comment
<< Home