Politik Pop

Monday, November 26, 2007

To Set the Record Straight


CENTRISTS espouse a "middle ground" regarding government

control of the economy and personal behavior. Depending on

the issue, they sometimes favor government intervention

and sometimes support individual freedom of choice.

Centrists pride themselves on keeping an open mind,

tend to oppose "political extremes," and emphasize what

they describe as "practical" solutions to problems.

Link: The Advocates, not to be confused with this one.


Labels: ,

Friday, November 23, 2007

Laut Kaspia dan Persaingan Kuasa Besar


Sidang kemuncak negara-negara pesisir Laut Kaspia dua minggu lalu berakhir dengan petanda jelas tentang sikap negara-negara rantau itu - atau negara-negara paling dominan - terhadap pengaruh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, walaupun sebahagian besarnya masih hanya bersifat retorik.

Walaupun pertikaian mengenai 1/3 kawasan Laut Kaspia masih belum dapat diselesaikan, pertemuan negara-negara terbabit - Rusia, Iran, Azerbaijan, Kazakhstan dan Turkmenistan - menunjukkan kepentingan laut itu dalam perdagangan minyak dan gas dunia, yang sebelum ini hanya terbahagi kepada Kesatuan Soviet dan Iran, dan kawasan sekitarnya yang menyaksikan persaingan kuasa-kuasa dunia.

Dilihat dari sudut mesej politik pertemuan ketua-ketua negara itu, sidang kemuncak itu telah menunjukkan hubungan rapat Rusia dengan Iran. Pertemuan ketua negara Rusia dan Iran menunjukkan kepentingan hubungan kedua-dua negara, walaupun timbul beberapa isu seperti pertikaian pembinaan reaktor nuklear Iran. Rusia yang menduduki kerusi tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyatakan dengan jelas amaran agar AS tidak menyerang Iran, tindakan yang pasti akan membawa kepada penempatan tentera AS di kawasan sekitar Laut Kaspia, sesuatu yang sangat menjejaskan kepentingan Rusia dalam persaingannya dengan AS.

Presiden Rusia, Vladimir Putin memimpin tindakan menolak campurtangan AS ini. Kumpulan negara-negara Kaspia itu kemudian dalam deklarasi bersama menolak penggunaan wilayah mana-mana negara kawasan itu untuk tindakan ketenteraan negara Kaspia. Kenyataan ini sebenarnya ditujukan kepada Azerbaijan, negara paling pro-Barat dalam kalangan negara pesisir Laut Kaspia. Azerbaijan mempunyai hubungan baik dengan AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Baku, ibu negara Azerbaijan juga ialah tempat permulaan saluran minyak Baku-Tbilisi-Ceyhan (BTC), saluran pengangkutan minyak merentasi Azerbaijan, Georgia dan Turki yang mula beroperasi secara rasmi pada Julai 2006, menamatkan monopoli Rusia ke atas saluran paip tenaga. BTC yang dikuasai syarikat Inggeris dan AS kini menjadi satu saluran penting untuk menggugat monopoli Rusia ke atas laluan eksport sumber tenaga Laut Kaspia.

Iran pula mendapat manfaat apabila selain kenyataan menolak penggunaan negara Kaspia untuk sebarang rancangan AS terhadapnya, kumpulan itu juga menegaskan hak Tehran untuk membangunkan senjata nuklear, seperti ditetapkan dalam Perjanjian Mencegah Percambahan Nuklear (NPT). Putin menegaskan sikapnya berhubung Iran bukan sahaja di sidang kemuncak itu, tetapi ketika di Jerman - sebagai menyampaikan sikapnya kepada EU - sejurus sebelum ke Tehran.

Bagaimanapun, walaupun sidang kemuncak itu menjadi platform bagi Rusia dan Iran menyampaikan pandangan masing-masing kepada Washington, isu utama berhubung Laut Kaspia lebih mendalam dan kompleks, walaupun masih berhubung rapat dengan persaingan politik dengan AS dan sekutunya di Eropah. Isu ini melibatkan komoditi penting hari ini, minyak dan gas, yang secara langsung melibatkan juga isu pengangkutan bahan itu yang di kawasan Laut Kaspia tidak dapat dipisahkan daripada saluran paip.

Kepentingan Laut Kaspia

Laut Kaspia, kawasan air dikelilingi daratan (landlocked) terbesar di dunia sebelum perpecahan Kesatuan Soviet dimiliki Soviet dan Iran. Selepas era Soviet berakhir, Laut Kaspia, dan juga sumbernya, terbahagi kepada lima negara termasuk Azerbaijan, Kazakhstan dan Turkmenistan. Akibatnya, sempadan wilayah kelima-lima negara sukar ditentukan dan sehingga kini masih belum selesai. Sidang kemuncak di Tehran itu ialah yang kedua selepas sidang kemuncak pertama di Ashgabat, Turkmenistan pada 2002.

Laut Kaspia dianggarkan mempunyai simpanan minyak yang banyak dan kini telah pun menjadi satu sumber penting tenaga dunia. Sebelum pembinaan saluran paip BTC yang membawa bekalan tenaga dari Kaspia ke Eropah tanpa melalui wilayah Rusia, Rusia memonopoli pengangkutan minyak dan gas ke Eropah. Persaingan ini tidak terhenti dengan BTC. AS dan EU meneruskan usaha mengelak kawalan Rusia terhadap pengangkutan tenaga. Eropah telah dua kali menyaksikan bagaimana mudahnya untuk menjadi mangsa politik tenaga Rusia yang menguasai saluran paip tenaga.

Pertama kali, pada musim dingin 2005, bekalan gas ke Eropah terancam apabila pertikaian Rusia dengan Ukraine mengenai harga gas menyebabkan Rusia mengurangkan bekalan ke Ukraine. Kemudian, pada awal tahun 2007, Belarus pula diancam dengan pemotongan bekalan. Ancaman ini menjelaskan kepada Eropah kepentingan menamatkan monopoli Rusia ke atas pengangkutan bekalan tenaga, walaupun pergantungan terhadap gas Rusia masih tinggi.

Persaingan tenaga ini menjadi semakin sengit memandangkan realiti tenaga dunia yang dijangka pada masa akan datang. Harga minyak terus meningkat dan permintaan terhadap gas di Eropah juga akan terus meningkat. Laut Kaspia menjadi semakin penting memandangkan realiti ini. Ini menjadi salah satu sebab utama negara-negara pesisir Laut Kaspia bertemu untuk cuba menyelesaikan pertikaian.

Bagi Rusia, ancaman terhadap kawasan yang sebelum ini menjadi ruang pengaruhnya itu bermula semasa kempen ketenteraan diketuai AS terhadap Afghanistan dimulakan pada 2001. AS menubuhkan pangkalan tentera di kawasan Asia Tengah yang berdekatan Laut Kaspia. Moscow tidak mahu hal ini berulang lagi. Penolakan terhadap pangkalan AS ini telah dinyatakan dengan lebih jelas melalui Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang turut dianggotai Kazakhstan dan Iran sebagai ahli pemerhati.

Agenda Rusia dapat dilihat dengan jelas dalam SCO dan pertemuan negara-negara pesisir Laut Kaspia ini. Moscow sedang berusaha melindungi kepentingannya yang terancam melalui kemasukan pengaruh Barat. Laut Kaspia masih kuat di bawah pengaruh Rusia disebabkan kawalan saluran paip yang membawa bekalan tenaga. Tetapi, usaha AS dan EU untuk mengurangkan kawalan Rusia sentiasa diteruskan dan dipertingkatkan.

Dua negara penting dalam politik tenaga Rusia - yang mempunyai kaitan rapat dengan sumber tenaga Laut Kaspia - telah pun mengubah kiblat politik ke barat. Ukraine diambil alih pemerintah pro-Barat pada penghujung 2004, dan setahun sebelum itu, Georgia, tempat laluan saluran paip tenaga BTC, menolak rejim pro-Moscow pada penghujung 2003. Kedua-dua perubahan ini membawa kesan buruk kepada agenda Moscow. Satu elemen penting persaingan tenaga di Laut Kaspia bagi Rusia ialah kawalan ke atas pengangkutan sumber melalui saluran yang dikuasainya.

Politik saluran paip

Dominasi Moscow terjejas dengan terbinanya saluran BTC. Tetapi, persaingan Rusia dengan Barat tidak berakhir dengan BTC. Dalam satu perkembangan yang agak mengejutkan, pada 15 Mac lalu, Rusia berjaya mendapatkan persetujuan kerajaan Greece dan Bulgaria untuk membina saluran paip minyak dari Laut Hitam ke pelabuhan-pelabuhan di Mediterranean. Saluran dari Burgas di Bulgaria ke Alexandrupolis di Greece itu dibina untuk mengelak daripada merentasi Selat Bosphorus di Turki. Rusia mahu mengimbangi pengukuhan peranan Turki sebagai hab laluan sumber tenaga, yang akan menyebabkan pergantungan pada negara itu. Turki dari sudut politik menyebelahi AS dan Eropah. Turki juga sebuah negara yang menjadi pesaing Rusia dalam politik tenaga melibatkan sumber dari Laut Kaspia, walaupun Turki sendiri memerlukan bekalan tenaga dari Rusia.

Saluran itu akan membawa minyak dari Laut Kaspia dan berada di bawah kawalan Rusia. Rusia memiliki 51 peratus kepentingan dalam saluran itu dan selebihnya dimiliki syarikat dari Bulgaria dan Greece. Satu lagi tujuan pembinaan saluran itu ialah untuk menyaingi saluran paip Samsun-Ceyhan yang dikuasai Eropah.

Tidak lama selepas projek saluran dari Greece ke Bulgaria itu dipersetujui, EU dengan segera memulakan projek saluran dikenali dengan singkatan PEOP merentasi lima negara Eropah. Persetujuan untuk memulakan projek itu ditandatangani di Zagreb, ibu negara Croatia pada 3 April lalu. Projek ini bertujuan mengurangkan kawalan Rusia ke atas pengangkutan minyak ke Eropah. PEOP juga menjadikan minyak Kaspia - dari Azerbaijan dan Kazakhstan - sebagai sumbernya.

PEOP menepati strategi baru Eropah untuk mempelbagaikan sumber dan pengangkutan supaya tidak terlalu bergantung pada Rusia. Bagaimanapun, bekalan minyak dari Azerbaijan dan Kazakhstan akan terpaksa melalui Novorossiisk di Rusia, dan bekalan ke terminal di sana pula bergantung pada minyak dari Konsortium Saluran Paip Kaspia (CPC) yang dikuasai Rusia.

Rusia masih mempunyai kelebihan dalam politik tenaga Laut Kaspia akibat dominasinya ke atas saluran pengangkutan minyak dan gas dari kawasan itu, walaupun dominasi itu terjejas akibat pembinaan saluran BTC yang dikuasai AS dan Eropah. Sidang kemuncak Kaspia ini telah menunjukkan kesungguhan Moscow untuk menangani isu Laut Kaspia yang disebut-sebut sebagai “perbatasan baru sumber minyak.”

Rusia bagaimanapun, walaupun masih berpengaruh, tidak menguasai negara-negara sekitar Laut Kaspia sepenuhnya. Kazakhstan yang kaya minyak, dengan tiga medan utama yang menjadi perhatian dunia melaksanakan dasar terbuka kepada kedua-dua Rusia dan Barat dalam perdagangan minyaknya. Menyedari kuasanya hasil sumber minyak yang banyak dan dalam keadaan harga minyak yang tinggi, sikap pragmatik dan realistik akan menguntungkan Kazakhstan.

Hal yang sama juga berlaku pada Turkmenistan. Negara ini tidak menyertai SCO tetapi menghadiri sidang kemuncak SCO Ogos lalu sebagai usaha berbaik-baik dengan Rusia dan China. Seperti Kazakhstan, Turkmenistan juga bersikap pragmatik dan tidak mahu bernaung sepenuhnya di bawah satu pihak. Turkmenistan jga menyedari potensi sumber tenaganya.

Azerbaijan pula seperti dilihat melalui penyertaannya dalam saluran minyak BTC dan sikap politiknya menunjukkan dasar yang lebih pro-Barat. Pendirian ini sukar untuk berubah memandangkan kuasa yang diperolehi daripada posisinya hari ini. Kedudukannya pula menjadikannya Barat terus mengekalkan hubungan baik dengannnya. Azerbaijan jelas akan kekal cenderung ke Barat melainkan sesuatu yang sangat drastik berlaku. Negara itu ialah satu-satunya negara di kalangan negara pesisir Laut Kaspia yang bukan anggota atau ahli pemerhati SCO, pertubuhan yang ahlinya mempunyai hubungan baik dengan Rusia.

Laut Kaspia menjadikan negara-negara sekitarnya terus berhubungkait dan memaksa negara terbabit meneruskan hubungan untuk menjaga kepentingan berkaitan. Hal ini menjadikan hubungan Moscow-Tehran kompleks kerana kedua-dua kuasa saling memerlukan. Ini menjadi satu faktor penting yang menjadikan kedua-dua negara itu bimbang dengan kemasukan Barat. - 24 Oktober, 2007

Labels: , , , ,

Thursday, November 15, 2007

Manfaat Bersih Kepada Anwar

From The Australian, November 15, 2007

Anwar Ready to Take Rightful Place
By GREG SHERIDAN

DID you know that Anwar Ibrahim, the former deputy prime minister of Malaysia, very nearly ran for secretary-general of the UN? Although I had known this previously, I found out the detail this week in Indonesia, naturally, which is now in many ways politically the freest society in Southeast Asia.

I attended a conference of political consultants which was opened by Indonesia's President Susilo Bambang Yudhoyono, with a magnificent speech in defence of democracy. Two of the other speakers at the conference were Hong Kong's Martin Lee, and Anwar.

When you think of it, this is remarkable. Lee was for many years the leader of Hong Kong's Democrats. He and his colleagues always poll the most votes in elections for Hong Kong's Legislative Council but only hold a minority of seats, because of a peculiar electoral system and Beijing's refusal to grant Hong Kong full democracy even for purely internal matters.

Lee's constant campaigning for democracy, as he believes Hong Kong was promised by China's Deng Xiaoping, and his recent call for the friends of the Chinese to use Beijing's forthcoming hosting of the Olympic Games to press for greater human rights, has made him extremely unpopular with the Chinese Government and its spokespeople in Hong Kong.

Anwar spent several years in jail after a spectacular falling out with the former prime minister, Mahathir Mohamad. Since his release Anwar has become a champion of Asian democracy. He believes the Malaysian Government may call an election before April next year, when his ban for running for parliament expires.

But if the Government does do this, Anwar plans to have 10 opposition politicians nominate on his behalf, with the intention that one will stand down and make way for him to enter parliament via a by-election.

Now, what is remarkable is that the Indonesian President should feel utterly relaxed speaking at a conference with these two fellow democrats, but politicians deeply unpopular with their respective governments.

I don't want to misrepresent the Indonesian President here. He did not share a platform with Anwar or Lee, and he did not publicly endorse either man. Certainly Indonesia pursues good relations with China and Malaysia.

But I wonder would John Howard, or Kevin Rudd, speak at a conference where Lee and Anwar were speaking and were demanding greater democracy and human rights for their respective societies? I doubt it very much.

The fact that this happens without the blink of an eye in Indonesia is a telling demonstration of just how much and how rapidly Indonesian society has changed, and how quickly the civil society that underpins its democracy is maturing.

The story of Anwar's near candidacy for the UN is fascinating. I must confess to having played a tiny role in it myself, purely as a reporter, but the story was never quite there.

The new Secretary-General of the UN is Ban Ki-moon, a former foreign minister of South Korea.

It was Asia's turn to get the post and Ban was the best-qualified candidate.

But there was always a chance that the Russians or even the French might veto him because he was seen as too close to Washington. But the other Asian candidates were frankly not all that appealing. A number of international heavyweights canvassed an Anwar candidacy.

Anwar is a moderate Muslim, no one could seriously accuse him of being too pro-American, he is charismatic and learned.

Of course, his candidacy would have caused some acute dilemmas.

Malaysia's Government, for example, would have been very unhappy and it would be unusual, to say the least, to have a secretary-general nominated against the wishes of his own national government.

But it was not inconceivable. I believe Al Gore, Madeleine Albright, Richard Holbrooke and other senior US Democrats canvassed the idea very seriously. Although out of office, these people were all immensely influential.

I believe also that the Bush administration's view was that they were supporting Ban, but if Ban's candidacy should fall over they would not necessarily oppose Anwar.

I believe Anwar's old friend, Paul Wolfowitz, was at least aware of these manoeuvrings.

My own tiny role in what turned out to be a non-existent candidacy came about when one of the people most encouraging Anwar asked me if I would interview him simultaneously for The Australian and a big American newspaper. In the interview, Anwar would declare his interest in the job and I would write an evaluation of this. None of this came about because Anwar decided not to do the interview and not to seek the job.

One very perverse consequence of Anwar's wide range of friendships is that there are posters, so Anwar tells me, of Wolfowitz and him together being distributed to Malay villages.

And the accusation against Anwar, which these photographs are meant to support, is that he is pro-Jew.

Wolfowitz is not even identified as a neo-conservative or anything so esoteric as that. Rather it is plain, good, old fashioned anti-Semitism at work.

Anwar meets the accusation head on. Yes indeed Wolfowitz is a friend of his, and an old and good friend. He disagrees with Wolfowitz's policies on Iraq but agrees with him on a number of other issues. And in any event Wolfowitz's Jewishness should have nothing to do with anything.

Anwar's political challenge within Malaysia is very great, in trying to overturn a long established government with a heavy influence on the media. He believes the opposition, running not as a coalition but in broad co-operation with each other, could do well next time. Last time, he says, the opposition got strong support among the majority Malays but almost no support among the minority Chinese and Indians, because the opposition includes PAS, an avowedly Islamic party.

Anwar believes that PAS in government would observe all the constitutional guarantees for all Malaysia's citizens, would be constrained in any event by the other parties in government, and has not behaved badly on communal issues when it has periodically controlled some state governments, although its rhetoric has at times been inflammatory. This claim of PAS moderation is one many other Malaysians would contest with extreme vigour.

Anwar believes he can attract Chinese support next time, especially in his home state of Penang. Anwar's own position on communal and religious issues is more liberal than that of the Malaysian Government, which has in recent years moved to outflank PAS by - to some extent - overtly courting Islamist sentiment.

I don't know if Anwar offers a solution for Malaysia or not. I do know it's enormously interesting to hear him argue his case. And where better to hear it than Indonesia?

Labels: ,