Politik Pop

Monday, April 28, 2008

Freaky Deakies Need Love Too


Kemenangan siri tv Ugly Betty dan Brothers and Sisters yang mendapat anugerah kerana perana watak gay dalam siri itu baru-baru ini bukanlah satu yang mengejutkkan.

Watak-watak gay dan transeksual dalam siri tv terbabit ialah antara yang paling menarik dan mendalam dalam budaya popular ketika ini.

Golongan gay dan transeksual telah lama wujud dalam komuniti budaya popular, di Hollywood dan juga seluruh dunia.

Tetapi, tidak sehingga baru-baru ini golongan ini diberi “pengiktirafan” dengan diberikan watak-watak penting – walaupun pada mulanya hanya watak sokongan - dalam produk-produk budaya budaya popular seperti filem dan rancangan televisyen.

Watak dalam Ugly Betty dan Brothers and Sisters ialah watak yang mendalam dan penting kepada rancangan terbabit.

Semakin banyak watak gay muncul, sehingga beberapa watak dalam kartun juga dikatakan gay, seperti Sponge Bob.

Siri tv The L Word, misalnya, mengisahkan seluruhnya golongan gay.

Wujud juga pesta filem yang sepenuhnya untuk golongan gay.

Antara penanda penting penerimaan Hollywood terhadap golongan gay ialah pengumuman Ellen Degeneres dalam siri komedi sitcom Ellen bahawa dia ialah seorang gay satu masa dulu.

Dalam filem-filem Hollywood, watak lelaki gay sering dipaparkan dalam filem komedi romantic, sebagai rakan baik kepada watak wanita utama. Antara contoh terbaru ialah dalam filem Prime lakonan Uma Thurman.

Dalam siri tv Ugly Betty, watak gay dan transeksual dalam siri itu menjadi watak penting yang memberikan sifat-sifat realistik, disebabkan dalam realiti, memang golongan tersebut banyak menyertai bidang tersebut.

Semakin lama, watak gay semakin diberikan peranan penting dan bukan sekadar tempelan.

Hal ini menunjukkan penerimaan masyarakat terhadap golongan ini, yang semakin lunak fobianya terhadap golongan ini.

Antara yang menunjukkan penerimaan ini ialah siri realiti Queer Eye for the Straight Guy, yang menyaksikan sekumpulan lelaki gay memberikan tip-tip fesyen dan skil sosial kepada lelaki bukan gay.

Bagaimanapun, masih banyak produk budaya popular di Hollywood sendiri yang sekadar menjadikan watak gay sebagai bahan jenaka yang menggunakan stereotaip.

Dalam kalangan gay, ada yang berpendapat budaya popular memberikan gambaran stereotaip tentang golongan mereka, seperti berpendidikan tinggi (seperti mendalami falsafah dan sastera), pandai berfesyen dan sebagainya.

Di Malaysia, walaupun watak gay belum diberikan peranan yang utama - kecuali dalam satu siri sitcom tahun 1990an dulu – golongan gay dan transeksual menjadi satu kuasa penting dalam budaya popular Malaysia – walaupun sebahagian besar masih duduk di dalam closet masing-masing – sehingga menimbulkan rungutan sesetengah penggiat bukan gay.

Ramai penggiat budaya popular Malaysia gay bergiat sebagai pengarah filem, pengacara acara-acara, penulis blog dan sebagainya. Mereka dikenali ramai dan ada yang mendapat pengiktirafan pihak luar.

Ada dalam kalangan penggiat budaya popular negara kita berpendapat golongan gay terlalu menguasai sehingga peranan-peranan seperti pengacara rancangan dan sebagainya sering diutamakan untuk personaliti gay.

Bagaimanapun, walaupun watak-watak gay semakin sering dimunculkan dalam budaya popular, sebahagian besarnya masih menurut beberapa stereotaip dan disesuaikan untuk menjaga sensitiviti sebahagian besar penonton.

Link: Gay Honor for Ugly Betty

Pembetulan: Deakies dalam tajuk posting ini sebelum ini disalah eja sebagai dickies.


Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home