Janji Rock! (2)
Semakin lama, politisi Malaysia semakin menyedari keperluan untuk membina appeal populis, menerima wacana pascamodernisme secara tidak sedar, tanpa dibincangkan media tempatan.
Ada yang mengkritik usaha PAS ini kelihatan terlalu beriya-iya, untuk menafikan tuduhan PAS tidak populis. Mungkin silap PAS sendiri kerana lambat membincangkan dan menetapkan sikap terhadap budaya popular.
PAS pernah dikatakan sudah tidak relevan lagi kepada budaya Malaysia, kerana sikapnya yang eksklusivis dan tidak ambil tahu dalam banyak hal, terutama budaya popular.
Ini dapat dilihat di Kelantan tidak lama dulu, apabila kerajaan PAS Kelantan menganjurkan konsert Mawi, dengan secara sangat jelas menunjukkan endorsement PAS untuk Mawi.
Jelas sekali acara itu mengambilkira keperluan politik. Kalau PAS lama sebelum itu mengambil berat semua medan aktiviti manusia, mungkin semua hal yang bermasalah itu dapat ditangani dengan lebih cerdik dan rasional.
Labels: Asia Pasifik, Politik, Pop

0 Comments:
Post a Comment
<< Home