Monumen Kuasa DC
Hari Sabtu yang cerah, kami berjalan-jalan sebagai pelancong sekitar DC, melihat tempat dan monumen penting dalam politik Amerika Syarikat.Gambar dari atas, White House, bangunan Capitol, Perpustakaan Kongres, tempat Dr Martin Luther King berdiri menyampaikan ucapan "I have a dream," monumen-monumen George Washington, Abraham Lincoln, dan Thomas Jefferson.
Bangunan Capitol yang dipenuhi aktiviti pelancong cuti Hari Memorial.
Bangunan Perpustakaan Kongres, pandangan dari Capitol.
Tempat ucapan King, di Memorial Lincoln.
Monumen Washington. Kawasan sekitar, dikenali sebagai National Mall, dipenuhi orang ramai sempena cuti Hari Memorial, dan sibuk dengan persiapan konsert sempena hari itu Isnin nanti.
Memorial Lincoln dan gambar bawah, Memorial Jefferson, seorang founding father berfahaman liberal, sikap yang minoriti dalam kelompok republikan (sistem pemerintahan tanpa raja, bukan Parti Republikan).

2 Comments:
menarik! Belila buku2 best bang.
By
Rausyanfikir, at 4:27 PM
bile le nk merasa duk negeri org nih,, kalu stakat seberang tambak tu slalu le pergi,,huhu
By
en.mizan, at 1:53 AM
Post a Comment
<< Home