Tupai DC




Catatan ini ditulis bermula jam 8.48 malam, 22 Mei waktu di DC. Beberapa gambar di atas diambil dari dalam bas, dalam perjalanan ke bangunan National Public Radio, radio awam yang bermatlamat memberi maklumat dan mendidik, menurut misi yang mereka tetapkan.
Hari ini cuaca tidak sesejuk semalam. Gambar paling atas ialah seekor tupai yang melintas jalan di Massachusetts Avenue, tidak jauh dari Universiti Johns Hopkins.
DC masih hijau, dan ada tupai dan burung merpati berkeliaran di Dupont Circle. Bangunan yang tidak tinggi dan senibina DC memberikan satu feel Eropah (kota ini pada awalnya dirancang oleh seorang Perancis).
Ada yang sudah mula bercuti. Isnin nanti, Isnin terakhir bulan Mei, ialah cuti Memorial Day, memperingati mereka yang terkorban dalam perkihdmatan tentera Amerika Syarikat.
Ramai yang bekerja di DC tinggal di luar, Virginia atau Maryland. DC terletak di tengah-tengah , menyempadani dua negeri tersebut.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home