Politik Pop

Monday, November 30, 2009

Satu lagi senarai

Anwar Ibrahim, pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang juga ketua pembangkang di Parlimen muncul dalam senarai 100 pemikir utama global oleh majalah Foreign Policy.

Senarai ini didahului oleh Ben Bernanke, Barack Obama dan isteri Mir Hossein Mousavi, arkitek "revolusi hijau" di Iran.

"Arkitek revolusi kuning" di negara kita berada di kedudukan 32, dijustifikasikan kerana "mencabar dunia Islam menerima demokrasi," sesuatu yang sangat gah dan besar.

Penerangan mengenai Anwar menyebut, "Two decades ago, it would have been impossible to imagine Anwar pulling together rural Malays, ethnic Indians and Chinese, and Islamists into a coherent political bloc."

Kewujudan blok politik yang koheren itu sangat boleh didebatkan, lebih-lebih lagi memandangkan perkembangan terkini.

Labels: ,

Thursday, November 26, 2009

Perutusan Hari Raya Korban

Konflik berskala besar terkini di Yaman kini telah memasuki bulan keempat dan sambutan raya yang kedua dalam kalendar Islam.

Menurut PBB, pelarian kini mencecah 175,000 orang dan sentiasa bertambah.

Konflik berimplikasi luas ini walau bagaimanapun masih tidak menerima layanan seperti Palestin, Darfur dan konflik atau krisis lain yang mudah menarik perhatian umat Muslim.

Situasi di Yaman semakin menarik lebih ramai pemain dan mampu memburukkan keadaan di kawasan terlibat dan kawasan sekitar. Negara terlibat juga setakat ini telah menunjukkan cara yang salah dalam menangani situasi ini, seperti ditulis dalam satu komentar di akhbar Financial Times:

"The Saudi bombing of Houthi positions is adding fuel to the fire. This week, Iran’s joint chief of staff Hassan Firouzabadi called Saudi attacks 'state terrorism' and Saudi Arabia’s grand mufti Sheikh Abdulaziz al-Sheikh accused Iran of 'collusion in sin and aggression.' A group of Saudi clerics lambasted Iran for allegedly ;financing and arming' agents to spread Shia Islam across Sunni lands.

"The irony is that no one outside the Middle East believes that Iran has much to do with the Houthis. Officials in the west argue that although Iran sympathises with the rebels, there is no evidence of military or financial support.

"Maybe these outsiders are talking nonsense. But maybe Saudi Arabia is allowing its resentment of Iran to cloud its judgment over Yemen. The Houthi rebellion is, above all, a reflection of social, religious and political grievances by a group that feels marginalised and considers that the state has succumbed to radical Sunni Salafi ideology. The Houthis are not moderate – their commander says their 'cultural' platform is based on the slogans of 'God is Great, Death to America and Death to Israel.' But in an interview with a Lebanese newspaper, he also says that the rebels want an end to discrimination and government military action and not, as is often assumed, the reimposition of a Zaydi state (an imamate that ruled the capital Sana’a until a coup in 1962).

"The even greater irony in this conflict is that Saudi involvement is certain to aggravate the grievances and possibly prolong the fighting. The rising destruction, casualties and displacement of the population have fed the rebellion, widening its territorial scope and winning the rebels thousands of new recruits. 'The ultimate travesty is there is no way to militarily solve the problem – you need a humanitarian ceasefire and mediation,' says Christopher Boucek, an associate at the Carnegie Endowment’s Middle East programme. If stability is the aim in Yemen, then, as Bernard Haykel, a professor of Near Eastern studies at Princeton University, argues, Saudi Arabia needs a policy that is neither 'throwing money' at the problem nor military intervention."

Selain media Arab Saudi dan Iran, media Barat ialah yang paling banyak memberi perhatian kepada situasi di Yaman, lebih daripada ruang yang diberikan oleh media di banyak negara Islam dan juga oleh parti-parti Islam.

Isu sejagat umat tidak sewajarnya hanya ditentukan dan ditakrifkan oleh kuasa-kuasa tertentu sahaja, sama ada Saudi atau Iran. Pemimpin-pemimpin negara Islam juga perlu mengemukakan sekurang-kurangnya cadangan untuk memulihkan konflik dan krisis yang melanda orang awam.

OIC yang kini berusia 40 tahun dan negara-negara kaya dan berpengaruh wajar mengambil peranan dalam hal ini.

Berita berkaitan:

1. Yaman dakwa Iran bantu Houthi.

2. Yaman tutup hospital Iran.

Labels: , ,

Wednesday, November 25, 2009

Kenapa perlu sistem dua parti?


Perbincangan mengenai sistem dua parti dibincangkan dengan penuh minat oleh sejumlah pemimpin parti-parti pembangkang kebelakangan ini, dengan perbincangan terarah kepada sikap menyokong gagasan ini.

Sistem dua parti dilihat sebagai keperluan kepada pakatan pembangkang untuk menewaskan Barisan Nasional dalam pilihan raya, membolehkan kerajaan baharu di peringkat pusat dibentuk oleh Pakatan Rakyat.

Pada tahap tertentu, perbincangan juga kelihatan seperti mengemukakan satu pilihan yang mudah, dan kelihatan seperti gagasan itu sebagai satu keperluan semasa yang perlu diterima.

Sistem dua parti bukanlah sesuatu yang boleh dipilih untuk dilaksanakan, tetapi sesuatu yang berlaku hasil proses politik melibatkan partisipasi ramai untuk satu tempoh yang panjang.

Apa yang dilihat menjadi hasrat pihak yang membawa gagasan ini ialah mewujudkan satu pakatan selain BN yang bersatu lebih daripada sekadar percaturan pilihan raya. Dilihat pada permukaannya, ini memang satu pilihan yang wajar untuk berdepan BN dalam pilihan raya.

Parti yang dimaksudkan dalam sistem dua parti ialah parti politik, seperti Parti Republikan dan Demokratik di Amerika Syarikat dan Konservatif dan Buruh di Inggeris. Di Malaysia, tidak ada dua parti mendapat undi yang cukup untuk menubuhkan kerajaan melainkan perlu bergabung dalam koalisi seperti BN dan PR.

Di Malaysia, sistem dua pakatan parti-parti politik boleh berlaku sekiranya PR menjadi sebuah parti atau gabungan yang lebih kohesif, bermakna ideologi semua parti dalam PR sehaluan.

Hasilnya, rakyat akan hanya mempunyai dua pilihan iaitu BN dan PR untuk dipilih dalam pilihan raya.

Dalam sebuah demokrasi, rakyat perlu diberi lebih pilihan daripada sekadar dua gabungan parti, yang biasanya dalam spektrum ideologi kedua-duanya berada di kedudukan hampir kepada titik tengah sebagai keperluan untuk mendapat sokongan yang paling banyak.

Malaysia menyaksikan satu kes yang unik apabila parti liberal dan parti berasaskan agama berada dalam satu gabungan, dan disertai juga oleh tokoh-tokoh berhaluan kiri, walaupun dasar-dasar semua pihak dalam pakatan ini jauh berbeza.

PR boleh bergerak sebagai satu dengan berkesan dalam pembahagian kawasan pilihan raya, dengan setiap pihak bertanding di konstituensi yang mempunyai sokongan kuat dan paling boleh diwakili dengan berkesan.

Walau bagaimanapun, penghasilan dasar-dasar tidak dapat dielakkan daripada perbezaan yang besar, kerana ideologi berbeza parti-parti terbabit. Ini ialah realiti politik, dan ideologilah yang menjadi asas kepada penghasilan dasar oleh sesebuah parti, walaupun boleh dikompromi pada tahap tertentu untuk tujuan tertentu.

PR yang bergerak sebagai satu akan menyaksikan salah sebuah - atau lebih - parti mengkompromikan dasar-dasar parti tersebut, sesuatu yang hampir mustahil untuk berlaku dan akan mengakibatkan kehilangan penyokong-penyokong tradisional yang menjadi kekuatan utama parti.

Di banyak negara di dunia, gabungan parti-parti dilakukan berdasarkan haluan parti terbabit, seperti disaksikan di Jerman dan Israel sebagai contoh. Persoalan yang ditumbulkan ialah berkaitan ideologi parti terbabit, seperti sejauh mana gabungan dikuasai parti konservatif Kristian akan bergerak ke kanan, dan sama ada parti berhaluan kiri akan menyertai gabungan dikuasai parti berhaluan kanan.

Walaupun sukar dan menyaksikan permainan politik yang panjang, pakatan berdasarkan ideologi lebih mudah untuk berlaku kerana ideologi akan menjadi dasar penghasilan dasar-dasar pentadbiran.

Rakyat juga mendapat lebih pilihan daripada sekadar dua parti atau gabungan yang biasanya tidak menunjukkan beza yang besar. Semak dan imbang juga lebih sukar untuk berlaku dalam kalangan parti pakatan-pakatan terbabit seperti mematuhi garis-garis parti atau gabungan.

Sebahagian besar pengundi akan mengundi berdasarkan gabungan yang mereka sokong walaupun tidak bersetuju sepenuhnya dengan semua ideologi parti-parti dalam gabungan itu.

Ahli-ahli parti pula terpaksa sentiasa menunjukkan kesatuan untuk mengelakkan daripada dilihat tidak bersatu dan mendedahkan kepada serangan parti lawan. Ini hanya meneruskan budaya patuh tidak bertempat dan tidak menggalakkan sikap kritikal yang perlu dalam politik yang dikuasai sentimen.

Sistem dua gabungan parti tidak semestinya pilihan yang paling baik untuk rakyat dan parti-parti politik negara ini. Lebih baik proses mewujudkan pakatan ini tidak dilakukan menurut penilaian jangka pendek yang mungkin dipengaruhi usaha mendapatkan kuasa dengan segera.

Biarlah proses ini berlangsung dengan sendiri dalam medan politik negara ini, selepas melalui jalan yang sepatutnya dan tidak dipaksakan atau dikemukakan sebagai keperluan mendesak untuk menjatuhkan BN.

Labels: ,

Tuesday, November 24, 2009

Obama mengimbangi kepentingan China dan tuntutan Jepun

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam kunjungannya ke Beijing, China menyampaikan dua mesej berbeza kepada negara Asia paling pesat membangun itu baru-baru ini. Obama menegaskan bahawa AS tidak berhasrat mengekang kebangkitan China sebagai kuasa dunia, dan dalam sesi dialog dengan pelajar universiti, beliau mengingatkan bahawa kebebasan ialah nilai universal yang bukan hanya boleh diterima di AS.

Obama dalam lawatannya memberi mesej kerjasama kepada kepimpinan China sekarang, dan menyedari "soft power" yang dimiliki, memberi mesej mengajak kepada perubahan kepada pemimpin-pemimpin masa depan China. Kebanyakan pelajar terbabit ialah ahli satu pertubuhan belia Komunis yang dilatih sebagai pemimpin masa depan China.

Obama sebagai presiden memberi nilai tambah kepada kelebihan AS dalam diplomasi. Pemimpin-pemimpin dunia yang bergambar dengan beliau, atau sekurang-kurangnya dilihat bercakap melalui telefon dengannya mendapat tempias tarikan Obama, dan pada tahap tertentu mengukuhkan kredibiliti pemimpin terbabit.

Kelebihan Obama ini menjadi punca pegawai-pegawai AS berusaha agar Obama dan Presiden Mahmoud Ahmadinejad dari Iran tidak terserempak ketika di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York beberapa bulan lalu, dan mendedahkan mereka kepada media.

Kejadian itu sekiranya berlaku mampu memberi implikasi hubungan Washington-Tehran semakin pulih, dan menjejaskan kempen menekan Iran akibat program nuklearnya yang juga boleh dilihat sebagai sah.

Kelebihan diplomasi inilah yang memudahkan usaha Obama memulihkan hubungan dengan China dan menarik China keluar dari dasarnya hari ini yang tidak menepati agenda besar AS.

Diplomasi yang ditunjukkan Obama dalam majlis pertemuan dengan pelajar itu ialah satu agenda penting dalam lawatannya, memandangkan potensi dan kapasiti yang dimiliki oleh pelajar institusi pengajian tinggi yang lebih mudah menerima pemikiran baharu.

Mesej kebebasan yang disampaikan berpotensi menanam satu semangat kepada pelajar terbabit, menepati agenda besar AS menyebarkan demokrasi ke seluruh dunia, termasuk ke China sendiri.

China ialah pesaing dan sekaligus rakan penting AS dalam menempuh cabaran ekonomi global hari ini, sebahagiannya disebabkan pegangan rizab matawang asing Beijing sebanyak lebih AS$2 trilion yang sebahagian besarnya dolar AS.

China ialah destinasi pelaburan penting bagi syarikat-syarikat AS dan pada masa sama menjadi pasaran dan sumber import pelbagai barangan untuk AS, yang terbaharu menunjukkan nilai hampir AS$28 bilion.

Beijing juga sedang menggiatkan usaha mengantarabangsakan penggunaan matawang yuan untuk menjadikannya salah satu alternatif rizab antarabangsa, menjadikan yuan pesaing sengit kepada dolar AS.

China menandatangani kontrak pertukaran matawang dengan bank pusat Malaysia, Indonesia, Korea Selatan, pihak berkuasa kewangan Hong Kong, Argentina dan Belarus bernilai AS$95.6 bilion, membolehkan bank pusat terbabit menjual yuan kepada pengimport barangan China untuk digunakan dalam urusniaga.

Walaupun terhad, usaha ini meluaskan lagi penggunaan yuan dalam perdagangan antarabangsa dan meningkatkan potensinya sebagai matawang rizab serantau.

Keputusan-keputusan penting dalam bidang ekonomi dan kewangan yang bakal dibuat China mampu memberi kesan kepada AS, disebabkan saling bergantungan yang mencorakkan dunia hari ini.

Apapun yang dicapai - atau tidak dicapai - melalui pertemuan ketua kedua-dua China dan AS, mesej yang disampaikan oleh Obama telah menanamkan potensi tersendiri. Beliau sudahpun dilihat sebagai berbeza dengan Presiden George W Bush, dan walaupun AS dan China akan terus bersaing, kerjasama dalam banyak hal akan lebih mudah ekoran wajah baharu diplomasi AS melalui Obama.

Disebabkan potensi inilah, pertemuan dengan pelajar universiti menjadi satu agenda penting dalam lawatan-lawatan Obama ke negara luar. Obama cuba memberi kesan kepada pemimpin masa depan, yang dilihat mampu bertindak berbeza dengan pemimpin hari ini.

Pada masa sama, China menyedari agenda AS untuk mengekang kebangkitannya, terutama sebagai kuasa politik dan ketenteraan di rantau Asia Pasifik dan Asia Tengah.

Sikap AS terhadap Taiwan dan Korea Utara tidak berubah dengan Obama dan Beijing maklum dengan hakikat ini. Pada masa sama juga, kerjasama ketenteraan AS dengan India meningkat dengan tujuan menangani kebangkitan ketenteraan China.

Selain perjanjian nuklear, AS juga memberi bantuan ketenteraan kepada India sebagai usaha menangani perluasan pengaruh China di Asia Selatan dan juga kawasan-kawasan berhampiran.

Apapun alasan yang diberi, kerjasama ketenteraan AS yang semakin meningkat dengan India dan Australia secara langsung berkait dengan kebangkitan China. India semakin rapat dengan AS dan Australia, sebagai sebuah negara kaum kulit putih, dilihat sudah ditakdirkan untuk terus bersama AS yang menggantikan peranan Inggeris sebagai penjamin keselamatannya.

Walaupun Australia di bawah Perdana Menteri Kevin Rudd cenderung untuk berbaik dengan China, beberapa perjanjian ketenteraan Washington-Canberra pada akhir pemerintahan John Howard meletakkan Australia dengan lebih kukuh dalam pakatan ketenteraan yang satu tugas utamanya ialah menangani kebangkitan China.

China juga menjadi topik penting dalam membicarakan pakatan ketenteraan AS dengan Jepun, destinasi lawatan Obama beberapa hari sebelum Beijing.

Di Jepun, Obama menjanjikan pemulihan hubungan kedua-dua negara, yang sedikit terjejas ekoran kemenangan Parti Demokratik Jepun pimpinan Yukio Hatoyama yang kini menjadi perdana menteri.

Hatoyama memberikan harapan perubahan kepada hubungan tidak seimbang Washington-Tokyo menjelang pilihan raya lepas, ketika parti beliau dilihat bakal merampas tampuk pemerintahan daripada Parti Liberal Demokratik yang telah memerintah hampir 54 tahun.

Sebagai sekutu penting AS di Asia Pasifik, kerjasama yang dilihat hari ini sukar untuk dilihat berubah secara dramatik disebabkan asas-asas kukuh yang membina hubungan AS-Jepun, iaitu perjanjian pertahanan dan agenda yang hampir sama di Asia Timur.

Hatoyama memberi harapan kepada rakyat Jepun, terutama penduduk berhampiran pangkalan AS di Okinawa, melalui deklarasi-deklarasi beliau menjelang pilihan raya. Janji-janji beliau telah dilihat sebagai bakal terlaksana, dengan sebahagian melihat perubahan tersebut sebagai hampir pasti terjadi, tanpa melihat dengan lebih dalam realiti hubungan AS-Jepun.

Kebangkitan China, yang menjadi pesaing kepada Jepun memberi alasan kuat untuk pakatan ketenteraan dengan AS diperkukuhkan, walaupun Jepun mahu lebih kebebasan dalam membuat keputusan.

Berdasarkan realiti hari ini, dalam hubungan AS dengan China, sukar untuk dilihat kemungkinan mana-mana pihak akan bertindak luar daripada apa yang telah berjalan selama ini.

Kedua-dua pihak menyedari kedudukan satu sama lain, dan bertindak dengan gabungan mengimbangi dan mengekang berdasarkan keperluan semasa, tanpa bertembung dan menyukarkan keadaan, selagi keadaan dapat dikawal dan dirunding.

AS menyedari kepentingan China dari segi ekonomi, seperti juga China menyedari tindakan radikal dalam menangani AS - seperti dilihat dalam persaingan pengaruh melalui ketenteraan dan dasar matawang - jauh lebih sukar berbanding mengimbangi realiti hari ini.

Dalam hal ini, Jepun berpotensi berdepan situasi lebih sukar kerana menghadapi risiko diabaikan AS ekoran usaha mendapatkan manfaat daripada hubungan dengan China.

Dan berdasarkan perkembangan semasa, hubungan dengan Jepun mempunyai potensi untuk menjadi lebih sukar ditangani oleh Washington berbanding China pada masa akan datang. - 21 November, 2009

Labels: , , ,

Monday, November 23, 2009

Tentang senarai tokoh berpengaruh

Sebuah institusi di Universiti Georgetown di Washington DC menerbitkan senarai 500 orang Muslim paling berpengaruh, yang disambut dengan rasa senang dan teruja sekali oleh ramai Muslim di seluruh dunia.

Daripada reaksi yang dapat diperhatikan, ramai melihat senarai ini sebagai sesuatu yang definitif, tanpa melihat hal-hal lain di belakang penghasilan senarai ini dan mereka yang terlibat.

Blog majalah Foreign Policy mengemukakan satu pandangan lain yang agak menarik tentang senarai ini, menyentuh latar penerbitan senarai ini:

"Georgetown University's Prince Al-Waleed bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding, like any good institution, knows that the way to steer publicity toward their work is to make a list. This is the only possible explanation I can conjure up for their report on the world's top 500 must influential Muslims.

"Somewhere, Prince Al-Waleed must be pleased that he's getting his money's worth from the $20 million donation he made to establish the Center. Headlining the list is his uncle, King Abdullah of Saudi Arabia. One can, of course, legitimately argue that Abdullah is the world's most influential Muslim -- he is the custodian of Mecca and Medina and Saudi Arabia has done more to spread its version of Islam than any other state.

"However, it's hard to read the description of King Abdullah's reforms as anything other than a press release. The report lauds Abdullah for 'his ability to enact multiple landmark reforms to fight corruption, balance the Saudi budget, tailor the education system, [and] address women's and minority rights.' This, in a country where women cannot drive.

"The report's title is something of a misnomer; it provides a ranking ofthe top 50 influential Muslims, and then organizes the remaining 450 by subject field without attempting to impose a hierarchy. Nevertheless, it is instructive that the individuals headlining the report are filled almost exclusively with rulers and conservative theologians from the Middle East. In the end, this report tells us very little about the world's most influential Muslims, and a great deal about what Georgetown's Center for Muslim-Christian Understanding believes constitutes a good Muslim."

Satu lagi pandangan dikemukakan dalam akhbar Guardian, mempersoalkan beberapa pemilihan individu dalam senarai itu:

"There are some spot on assessments. Khamenei's decisive role in geopolitics is undeniable. Erdogan's position is also accurate. But this ambitious exercise seems more than a little inconsistent and ill-judged."

Tidak ada senarai yang boleh memenuhi semua pandangan, tetapi senarai ini, yang didahului dengan penjelasan sejarah dan penerangan ringkas tentang perbezaan doktrin dan pemikiran dalam dunia Muslim mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki.

Wajar sekali senarai ini memulakan satu debat dan perbincangan, dan bukan diterima sebagai sesuatu yang definitif atau untuk meraikan tokoh-tokoh tertentu.

Labels: , ,

Saturday, November 21, 2009

The soccer war (2)

Kekalahan Mesir kepada Algeria dalam perlawanan kelayakan ke Piala Dunia mencetuskan rusuhan di Mesir, negara yang dilihat paling maju di Afrika dan pada masa sama salah satu negara Arab berpengaruh di Asia Barat.

Peristiwa ini menunjukkan lagi rapatnya hubungan bolasepak dengan politik, apabila pemimpin dan media Mesir menyampaikan mesej-mesej politik kepada rakyat negara itu.

Alaa Mubarak, anak Presiden Hosni Mubarak, dilapor akhbar New York Times membuat kenyataan ini melalui panggilan telefon ke rancangan televisyen: "We have to take a stand. This is enough. That's it, this is enough. Egypt should be respected. We are Egyptian and we hold our head high, and whoever insults us should be smacked on his head."

Ucapan itu boleh sahaja disampaikan ketika sempadan diceroboh, atau ekoran insiden-insiden politik lain.

Kekalahan itu pada masa sama juga boleh menjejaskan kerajaan, seperti juga ia boleh digunakan untuk menyatukan rakyat dan mengalihkan perhatian daripada kelemahan-kelemahan kerajaan, yang lebih berkesan dengan kemenangan.

Kemenangan dalam bola sepak biasa digunakan pemimpin-pemimpin politik untuk mendapatkan tempias kejayaan. Disebabkan inilah, pemimpin-pemimpin Mesir perlu menunjukkan kemarahan, mengikut sentimen rakyat dan mengeksploit sentimen itu untuk kepentingan pemerintah.

Labels: , , ,

Wednesday, November 18, 2009

Parliament tea party

"Sebelum berbicara lanjut, saya ingin memalingkan pandangan ini kepada pengkritik kecil yang berbuak-buak dengan beremosi dan sentimen kedirian. Macam mana kalau duduk dengan Najib bertemankan Nazri Aziz itu, bukan Anwar tetapi Abdul Hadi Awang atau Nasharuddin Mat Isa? Apakah persepsi anda secara jujurnya? Tentu kini sudah menjadi riuh rendah. Sudah ada orang yang tidak kena duduk dan gelisah memanjang, macam cacing kepanasan."

Begitu tulis Mohd Sayuti Omar dalam blognya.

Memahami perkembangan politik negara ketika ini, sangkaan ini ada benarnya dan menjelaskan permainan politik dalam kalangan parti-parti Pakatan Rakyat, dengan masing-masing melakukan manuver bersendirian untuk tujuan masing-masing, mengimbangi keperluan kuasa parti dengan keperluan pengukuhan kuasa dalam pakatan.

Hal ini menjelaskan bagaimana satu simbol boleh melalui pelbagai tafsiran bergantung kepada pihak yang membacanya, dengan sebahagian besar menyesuaikannya dengan persepsi dan pendirian yang telah terbina dalam minda masing-masing.

Apapun, perkembangan ini menjelaskan lagi betapa expediency menjadi satu faktor besar dalam politik, dan menjadi drama sebenar selepas tirai di pentas yang disaksikan ramai dilabuhkan.

Hanya sedikit penonton yang mendapat backstage pass untuk melihat horse trading yang dijalankan.

Labels: ,

Saturday, November 14, 2009

The letter 'D' and the number '4' (more years)

Kemunculan Michelle Obama meraikan ulangtahun ke-40 rancangan kanak-kanak Sesame Street baru-baru ini disebut beliau sebagai "perkara paling hebat" pernah beliau lakukan ketika di Rumah Putih.

Ungkapan itu bukan sahaja menggambarkan perasaan wanita pertama Amerika Syarikat itu, tetapi juga menunjukkan kejayaan imej Obama yang kini dengan mudah dapat disampaikan di mana-mana.

Walaupun tidak sampai kepada membicarakan cappuccino soya, tema pemakanan pada segmen kemunculannya itu memberi gambaran yang jelas tentang kecenderungan politiknya.

Ketika isu alam sekitar menjadi kegilaan semasa, kemunculan Michelle Obama itu (dengan memakai kardigan hijau) ialah kesinambungan usaha kempen Demokrat yang dilihat lebih rapat dengan perjuangan alam sekitar.

Sesame Street tidak dapat mengelak daripada menjadi salah satu medan politik, dan secara sedar rancangan ini telah memainkan peranannya dalam beberapa episod.

Terbaharu, sekumpulan pemblog konservatif mengkritik satu adegan dalam Sesame Street yang dilihat menyerang Fox News.

Dalam satu adegan, dua saluran berita muncul dalam bentuk parodi sebagai Grouch News Network (GNN) dan Pox News. Satu watak menyebut Pox News sebagai "a trashy news show."

Perkembangan terbaharu ini semakin mendesak penilaian semula kesamarataan dalam kemunculan media melalui Doktrin Zapple yang semakin dilupakan.

Labels: , , ,

Friday, November 13, 2009

Persaingan Saudi-Iran di Yaman?


Konflik di utara Yaman mula menampakkan dengan lebih jelas dimensi serantaunya apabila Ara Saudi menyerang kumpulan pemberontak Houthi, dan didakwa mahu mewujudkan zon penampan di kawasan utara Yaman.

Pada masa sama, kerajaan Yaman menolak usaha Iran untuk membantu dalam perdamaian, pada masa sama kerajaan pimpinan Presiden Ali Abdullah Saleh menandatangani perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Amerika Syarikat.

Walaupun Sanaa telah menjadi sekutu rapat Washington dalam usaha memerangi teroris sejak 2001, masa perjanjian itu dicapai menimbulkan persoalan, iaitu ketika tentera Saudi menyerang Yaman dan usaha Iran dikritik sebagai cuba campur tangan.

Beberapa pemerhati menolak dimensi persaingan melibatkan aliran Islam Sunni dan Syiah di Yaman, kerana persamaan dalam banyak hal Syiah Zaidiyah dengan aliran Sunni.

Walau bagaimanapun, ini tidak menafikan terus persaingan Saudi dengan Iran di rantau Asia Barat. Saudi mahu Yaman terus berada di bawah pengaruhnya, dan Iran dilihat sedang menunggu dan melihat peluang untuk meluaskan pengaruh, memandangkan pengaruh Saudi yang dikatakan semakin merosot di Asia Barat.

Yaman ialah negara paling miskin di semenanjung Arab, dan bukan ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC) disertai negara-negara kaya. Ini menjadikan Yaman boleh dipengaruhi dengan memberi bantuan atau dipengaruhi dengan cara lain.

Tetapi ini juga menjadikan masalah Yaman, seperti konflik, boleh mendatangkan kesan kepada Saudi terutamanya.

Campur tangan Iran pada tahap tertentu mungkin sesuatu yang dimahukan oleh pemberontak Yaman, untuk mengimbangi pengaruh Saudi di negara itu.

Walau bagaimanapun, sukar untuk menyaksikan Tehran terlibat dengan jelas seperti penglibatan mereka di Lubnan, Palestin dan Iraq, antaranya kerana bukan daripada aliran Syiah yang sama.

Sejauh mana dan selama manapun Iran sedia terlibat, Arab Saudi telah melibatkan diri dengan konflik ini, membuka jalan kepada permainan dan manipulasi politik yang lebih besar kepada semua pihak terbabit.

Artikel berkaitan: Konflik Yaman dan persaingan kuasa serantau

Labels: , ,

Thursday, November 12, 2009

Simbol dan persepsi dalam politik


Lapangan politik mungkin tempat yang paling mudah untuk diperhatikan pelbagai simbol bercampur baur, menyampaikan pelbagai makna dan ditafsir sebagai menyampaikan pelbagai makna lain.

Di negara kita, warna biru, hijau, merah, kuning dan kombinasi beberapa warna telah tertanam dengan makna yang difahami ramai rakyat, terutama yang memerhati dan bergiat dalam politik dalam pelbagai tahap.

Bagi rakyat yang berpartisipasi dalam politik, warna-warna tersebut membawa makna yang jelas. Ada yang secara sedar memilih dan mengelak warna tertentu untuk pakaian untuk mendapatkan identifikasi politik tersebut.

Dalam bahasa simbol ini, semua pemain politik secara sedar menggunakan simbol-simbol itu untuk menyampaikan mesej masing-masing kepada rakyat.

Dan dalam dunia hari ini yang menyaksikan kempen dan malah wacana politik muncul sebagai sebahagian budaya popular dan mengambil pendekatan pop, penonjolan simbol-simbol yang mudah untuk menyampaikan makna-makna tertentu ini menjadi semakin sentral.

Pelbagai istilah dan slogan, dengan makna yang jelas, kabur dan adakalanya sukar difahami, dipersembahkan kepada rakyat dalam usaha memenangi hati dan minda mereka, yang dapat diterjemah kepada undi dalam pilihan raya.

Parti nasionalis-etnik konservatif Umno, boleh bercakap dalam bahasa liberal ketika perlu, contohnya dengan mengemukakan slogan satu Malaysia yang tidak mudah untuk dipadankan dengan "ketuanan Melayu" dan semangat-semangat lain yang berkaitan dalam parti itu.

PAS telah melakukan perubahan dalam bahasanya apabila menggantikan "negara Islam" - yang hakikatnya hanya satu slogan dan matlamat umum dan bukan satu misi mengubah politik dan pentadbiran negara lebih daripada yang mampu melalui proses biasa - dengan "negara berkebajikan" yang dapat ditafsirkan dengan lebih luas dengan mengambil sedikit wacana sosialis.

Parti liberal seperti Parti Keadilan Rakyat, PKR, juga boleh membentuk simbol-simbol konservatif untuk kelompok tertentu, contohnya dengan bercakap dalam bahasa agama (Islam terutamanya) dan memetik ayat-ayat al-Quran dalam ucapan.

Tetapi perubahan ini semua tidak membawa masalah yang besar kepada parti-parti terbabit kerana bahasa boleh diubah pada bila-bila masa, dan ada kalanya dengan serta merta untuk memenuhi keperluan politik semasa.

Masalah sebenarnya ialah kepada rakyat, yang sebahagian besarnya hanya memberi reaksi kepada simbol-simbol yang dikemukakan oleh pemain-pemain politik yang memanipulasi simbol.

Sejumlah besar rakyat melihat simbol-simbol yang dikemukakan sebagai sifat kekal pemain-pemain politik terbabit, dan bukan sesuatu yang boleh diambil dan ditinggalkan pada bila-bila masa berdasarkan kepentingan politik.

Menurut sarjana politik Murray Edelman dalam bukunya The Symbolic Uses of Politics, "Language ... is not to be conceived as something which conveys meaning by itself."

"Its meanings are always a function of the context from which it issues, of the disparate needs and interests of the audiences involved, and of their respective mode of perception."

Jelas Edelman lagi, "Popular semantic analysis concentrates on the terms commonly employed in hortatory language, such as 'democracy,' 'communism,' 'justice,' and the 'public interest,' and nothing is easier than to show that people read different meanings into them."

Kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mengunakan istilah-istilah seperti "demokrasi" dan "rakyat," tetapi ini tidak bermakna secara automatik dasar dihasilkan kedua-dua pihak menyebelahi seluruh rakyat.

Sebagai contoh, parti yang berada di sebelah kiri spektrum ideologi politik tidak secara automatik akan menghasilkan dasar-dasar kiri, tetapi penggubalan dasar itu dibentuk oleh proses panjang yang melibatkan akomodasi dan pelbagai kepentingan, termasuk pada masa tertentu kepentingan politik jangka pendek.

Untuk memastikan dasar yang menjaga kepentingan rakyat, proses biasa dalam politik, termasuk menggunakan desakan perlu dilakukan supaya tindakan dan dasar dihasilkan parti-parti politik selari dengan kepentingan rakyat terbanyak.

Istilah "rakyat" ialah satu simbol berkesan untuk menarik sokongan, kerana dengan jelas memberitahu pemain-pemain politik terbabit meletakkan rakyat sebagai satu yang penting, sebagai asas tindakan mereka.

Dr Zulkanain Abdul Rahman, pengkaji politik dari jabatan sejarah Universiti Malaya menjelaskan disebabkan pentingnya istilah "rakyat," BN turut menggunakannya dalam slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."

"Umno sedar realiti politik semasa yang fokusnya ialah pada rakyat. Sebab inilah mereka menggunakan istilah 'rakyat' yang sebelum ini hanya digunakan Pakatan Rakyat," jelas Zulkanain.

Sekurang-kurangnya sejak kebangkitan rakyat pada penghujung 1998, "rakyat" menjadi sebutan utama parti-parti pembangkang, dan dalam satu tempoh yang agak panjang, maksud ini tergambar dalam laporan dan wacana politik negara.

Gabungan parti pemerintah kelihatan sebagai berseberangan dengan rakyat, manakala parti-parti pembangkang dilihat sebagai mewakili suara seluruh rakyat.

Berleluasanya media baharu dan penyampaian mesej melalui saluran selain media besar memberi gambaran jelas perbezaan suara daripada rakyat dengan parti pemerintah yang elitis.

Istilah-istilah berbentuk tema tertentu juga menjadi salah satu cara pemain-pemain politik menyampaikan mesej atau suasana tertentu, bertujuan membentuk mood rakyat pada masa tertentu.

Idris Aman dalam bukunya Bahasa dan Kepimpinan: Analisis Wacana Mahathir Mohamad menjelaskan bagaimana bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengunakan bahasa ketenteraan dalam ucapannya.

"Kata-kata kemiliteran dimanfaatkan oleh beliau apabila berbicara soal kegawatan ekonomi akibat manipulasi pihak asing, kepentingan teknologi maklumat, dan penyalahgunaan dadah."

"Pokoknya, kata kemiliteran digunakan oleh Mahathir Mohamad ketika menghadapi situasi genting dan kritikal," jelas Idris, memberi contoh kata-kata seperti "serangan," "menyerang," "perjuangan," dan "korban."

Bahasa digunakan beliau memberikan imej pemimpin yang kuat dan mampu bertindak menghadapi ancaman-ancaman tersebut. Pada masa sama, beliau menyampaikan mesej tentang kesukaran situasi dihadapi, dan secara tidak langsung mengalihkan tumpuan kepada pihak asing.

Ini berbeza sekali dengan situasi politik pada masa ini yang menyaksikan bahasa liberal menjadi bahasa utama dalam wacana politik, sehingga memaksa kumpulan konservatif menyesuaikan retorik dan juga tindakan dalam kes tertentu dengan bahasa liberal.

Selain bahasa, tindakan pemain-pemain politik juga sarat dengan pelbagai simbol yang ditujukan kepada penonton untuk tujuan tertentu. Contohnya, seseorang pemimpin itu dituntut bertindak, dan tindakan itu sering kali mesti dilihat sebagai dilakukan secara bersungguh-sungguh sebagai respons kepada sesuatu kejadian.

Dalam sebuah parti misalnya, seseorang pemimpin itu boleh dilihat sebagai lemah apabila tidak menunjukkan tindakan dalam menangani sesuatu isu, misalnya kewujudan ahli-ahli yang bertindak tidak sehaluan dengan kepentingan parti.

Sebahagian tuntutan ini boleh dipenuhi dengan satu ucapan berbentuk amaran, yang menjadi simbol autoriti ketua itu telah dijalankan, tetapi pada masa lain, ketika ketidakpatuhan kepada pemimpin utama berleluasa, ucapan tidak cukup untuk memenuhi tuntutan itu.

Sesuatu tindakan itu biasa akan diperdebatkan, dipertikaikan dan setelah lama masa berlalu, akan melalui penilaian yang kritikal oleh pengkaji dan pemerhati.

Tetapi, pada masa tindakan itu diperlukan, tindakan itu boleh membina keyakinan terhadap kepimpinan pemimpin itu, atau sekurang-kurangnya mengelakkan persepsi beliau daripada dilihat sebagai lemah.

Seperti disebut tokoh survei pendapat, George Gallup, "Inaction hurts a president more than anything else. A president can take some action, even a wrong one, and not lose his popularity."

Dunia politik yang semakin rapat dengan budaya popular yang bergerak pantas dan meletakkan imej sebagai kunci pemasaran mewujudkan satu lapangan yang baharu bagi pemain-pemain politik.

Drama politik yang ditonton rakyat - dibantu oleh teknologi komunikasi yang pesat berkembang - ditentukan responsnya sebahagian besar oleh emosi dan respons segera kepada simbol-simbol yang dipaparkan.

Dunia baharu ini menuntut respons yang berbeza daripada ahli politik, memerlukan mereka bercakap dalam bahasa baharu dan memanfaatkan segala simbol yang boleh membawa keuntungan.

Kesan buruknya sudah dapat dilihat, apabila rakyat memberi respons atau terlibat dalam wacana politik menggunakan bahasa popular yang sering tidak dapat mengungkapkan kompleksiti masalah dihadapi.

Apa yang berlangsung dalam dunia politik perlu dinilai dengan lebih kritikal, termasuk oleh media yang sering menjadi sandaran utama sebahagian besar rakyat.

Politik bukan sekadar imej. Apa yang berlaku di belakang pentas dan yang tidak dapat dilihat melalui kaca mata popular memerlukan penilaian yang lebih mendalam oleh semua pihak terbabit.

Labels: , , ,

Tuesday, November 10, 2009

The soccer war

Kekalahan pasukan bola sepak Kelantan dan kekacauan yang tercetus semasa dan selepas perlawanan pasukan itu dengan Negeri Sembilan beberapa hari lalu terus menghasilkan simbol-simbol politik di media negara ini.

Dalam media dikuasai parti pemerintah, Kelantan telah lama menjadi kod kepada PAS. Berita mengenai AIDS di Kelantan, gejala seks bebas di Kelantan, dadah di Kelantan dan sebagainya biasanya disusun untuk mencapai kesan-kesan tertentu, termasuk memburukkan imej PAS sebagai parti yang sangat dikaitkan dengan Kelantan.

Kekalahan Kelantan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia beberapa hari lalu membawa implikasi dan simbol-simbolnya yang tersendiri. Laporan dan gambar di akhbar-akhbar menjelaskan perkara ini dengan mudah.

Dalam hal ini, kaitan PAS dengan Kelantan (yang dalam banyak kes disengajakan oleh kumpulan tertentu dalam PAS) tidak membawa kesan-kesan yang positif, kerana dieksploit dengan berkesan oleh media tertentu.

Walaupun kekecohan yang tercetus daripada perlawanan Kelantan dengan Negeri Sembilan jauh daripada konflik El Salvador dan Honduras pada 1969, perlawanan akhir itu berlaku pada satu masa yang tepat dalam permainan politik negara, seperti juga perlawanan Amerika Syarikat dengan Iran dalam Piala Dunia satu masa dulu.

Dalam pemahaman banyak pihak, Kelantan mewakili PAS dan Negeri Sembilan mewakili Umno.

Pasti, kemenangan Kelantan disambut dengan bahasa yang jelas sifat politiknya, dan pasti juga, banyak pihak sudah menyediakan laungan-laungan sambutan itu untuk diletakkan di blog, Facebook dan sebagainya.

Mungkin ada baiknya pihak pembangkang tidak diberikan hadiah yang terlalu besar ini.

Hal ini demikian kerana sukan ialah salah satu medan utama atau lanjutan politik (seperti juga perang ialah lanjutan kepada politik) dalam aktiviti manusia, dan bola sepak ialah salah satu simbol paling penting politik dalam lapangan sukan.

Politik akan sentiasa terkesan dan memberi kesan kepada bola sepak, dan begitu juga sebaliknya.

Labels: , , ,

Thursday, November 05, 2009

Freaky deakies need power too

"Good God. Devon is gay. He's even more powerful than I thought." - Jack Donaghy, 30 Rock

"Despite its modern veneer, Muslim-majority Malaysia is a country where it is still illegal — as opposed to merely irreligious — for men of any faith to engage in consensual sex with one another. (Lesbianism is not criminalized but the subject of a religious prohibition, or
fatwa.)"

"Kuala Lumpur may boast its share of gay and lesbian bars, and casual visitors can spot scores of transsexuals staffing cafés and department stores. But any open discussion of homosexuality, especially in writing, remains the domain of an enlightened, often foreign-educated few."

Begitu perenggan pertama laporan majalah berita mingguan
Time mengenai koleksi sastera gay Malaysia Body 2 Body yang baharu terbit.

Ada satu asas fahaman yang dangkal dan menggambarkan sikap memandang rendah atau condescending terhadap satu masyarakat lain oleh penulisnya, dan mungkin juga oleh majalah itu juga.

Satu kepalsuan besar ditunjukkan sejak awal lagi, tentang bagaimana Malaysia yang kelihatan moden pada permukaannya ini mengharamkan hubungan seks gay.

Kemudian penulisnya menyebut bagaimana diskusi tentang homoseksualiti masih hanya berlaku dalam ruang mereka yang telah mengalami pencerahan.

Homoseksualiti, walaupun mungkin tidak diharamkan oleh undang-undang, tidak mendapat layanan yang jauh lebih baik daripada di Malaysia, walaupun negara terbabit lebih maju daripada sekadar hanya di permukaan.

Di Amerika Syarikat, yang menyaksikan Barack Obama yang didokong kelompok liberal menang dalam pilihan raya presiden, pada kertas undi yang sama merakamkan penolakan majoriti rakyat California (di negeri Castro District, San Francisco dan Hollywood) terhadap perkahwinan gay melalui Proposition 8.

Terbaharu, di negeri Maine, pada kertas undi, Question 1 mendapat sokongan majoriti rakyat negeri itu, menamatkan undang-undang yang membenarkan perkahwinan gay.

Aktivis gay sangat mengharapkan Maine akan menjadi tempat yang menamatkan gerakan popular menolak perkahwinan gay, tetapi melalui undian, matlamat itu tidak tercapai.

Maine kini menjadi negeri ke-31 menolak perkahwinan gay melalui undian. Lima negeri, Connecticut, Iowa, Massachusetts, New Hampshire, Vermont membenarkan perkahwinan gay, tetapi melalui penggubalan undang-undang dan proses mahkamah.

Kesimpulannya, modern veneer tidak menjelaskan apa-apa tentang pendirian ideologi, budaya dan agama sesebuah masyarakat.

Paparan masyarakat gay sebagai kumpulan minoriti terpinggir dan tertindas juga sebenarnya tidak lagi relevan dalam lapangan-lapangan tertentu.

Kumpulan ini secara sedar menguasai lapangan tertentu, membina ruang kekuasaan tersendiri, sehingga mereka yang bukan daripada golongan itu berasa terpinggir.

Pada tahap tertentu, imej tertindas ini telah digunakan sebagai simbol untuk simpati dan mewujudkan kultus cool kumpulan itu.


Artikel berkaitan:

1.
Malaysia yang lagi satu.

2. Milk, Nixon dan metanaratif Hollywood.

Labels: , , , , ,

Wednesday, November 04, 2009

Wajah budaya popular Malaysia pasca-Rubiah Suparman


Satu masa dulu, pernah ditimbulkan oleh seorang ahli politik Malaysia tentang berleluasanya wajah "pan-Asian" dalam budaya popular Malaysia, yang dapat dilihat dalam filem dan televisyen terutamanya.

Hari ini, wajah-wajah yang dim
aksudkan itu semakin kurang menimbulkan keresahan seperti itu, disebabkan perubahan yang dapat dilihat dalam populasi negara kita pada masa ini, yang menyaksikan wajah yang pernah disebut sebagai pan-Asian semakin biasa.

Hal ini turut sama berlaku di negara-negara Barat yang menerima ramai pendatang. Secara sedar atau tidak (tetapi sebahagiannya secara sedar), watak-watak bukan kulit putih menjadi watak-watak utama, seperti dalam rancangan tv CSI: NY dan banyak rancangan lain.

Tetapi, satu perubahan yang ketara dapat diperhatikan ialah wajah baharu yang semakin berbeza dengan wajah budaya popular satu masa dulu (tahun-tahun 1980-an misalnya), dengan berleluasanya nama-nama berasal Barat atau yang berbunyi Barat.

Mungkin secara separa sedar, dunia budaya popular Malaysia lebih mengutamakan wajah-wajah baharu dengan nama-nama baharu ini, yang mungkin dinilai lebih komersil.
Wajah-wajah dengan nama yang disaksikan pada tahun-tahun 1980-an misalnya semakin kurang, mewujudkan satu pembahagian yang agak jelas.

Walau bagaimanapun, filem Mekanik yang terbit pada 1983 mengemukakan satu wajah berbeza pada masanya, lama sebelum munculnya wacana berkaitan dalam masyarakat Malaysia.

Ungkapan disebut watak lakonan Susan Lankester, "Orang putih ke, orang hitam ke, orang coklat ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan?" menjadi satu daripada sejumlah kecil ungkapan popular dicetuskan daripada produk budaya popular Malaysia.
Wajah baharu dilihat sebagai wajah yang lebih urban dan tidak bersifat "etnik." Siti Nurhaliza - dan beberapa artis lain - misalnya, pernah dikritik secara tidak adil sebagai berwajah terlalu "Melayu" dan "kampung," sambil pada masa sama kebolehannya bertutur dalam bahasa Inggeris ditimbulkan dan kemuculannya dalam iklan Maybelline dipertikaian.

Semakin jauh Malaysia bergerak ke hadapan, kelihatan pembahagian dua budaya ini semakin jelas.

Pada masa sama, berlaku juga pertikaian berkaitan takrifan filem Malaysia, menyaksikan persaingan untuk menguasai dan mentakrif wajah baharu Malaysia, yang sebahagiannya dapat dijelaskan dengan perkembangan filem hasil golongan liberal Malaysia.

Perkembangan filem-filem yang lahir daripada pemikiran liberal yang agak agresif mengemukakan wacananya - sebagai wacana balas kepada pegangan sejumlah besar masyarakat - dapat diperhatikan sejak beberapa tahun lalu.

Satu contoh, filem Gol & Gincu (dan kemudian siri tv Gol & Gincu) mengemukakan kritikan yang tidak adil kepada apa yang dilihat sebagai kejahatan golongan konservatif yang beragama.

Pada masa sama, siri ini juga secara konsisten mengemukakan watak Melayu-Muslim konservatif dengan sifat rude dan crude, sambil secara berterusan mengemukakan kempen antipoligami.

Dunia budaya popular semakin rancak dengan persaingan wacana, dengan munculnya filem-filem bertema agama dan filem-filem liberal dengan kritikannya terhadap konservatisme di Malaysia.


Labels: , , ,

Monday, November 02, 2009

Filem dalam gerakan alam sekitar global


Al Gore dan Leonardo DiCaprio, walaupun bukan yang pertama dan bukan yang paling kuat menyuarakan kempen alam sekitar masa kini, kini sangat dikenali dengan filem alam sekitar mereka.

Akibat populariti filem mereka, An Inconvenient Truth dan The 11th Hour, perubahan iklim menjadi topik yang tidak terlalu asing bagi orang ramai.

Filem alam sekitar, atau filem hijau, hari ini menjadi seperti satu trend dan aliran baharu dalam dunia filem, dengan setiap karyawan menghasilkan filem dengan mesej mereka sendiri, daripada isu spesifik hingga isu yang lebih global.

Hingga kini, masih sukar untuk diperhatikan sama ada filem-filem terbabit mampu mendatangkan dampak yang diingini, atau sekadar menyumbang kepada kegemaran semasa kepada filem-filem yang menyampaikan isu yang lebih "serius."

Walau bagaimanapun, filem-filem sebegini ada yang kelihatan berjaya menyampaikan isu-isu tertentu kepada massa, walaupun tanpa selebriti yang menyampaikannya.


Filem-filem seperti Crude, Food Inc dan The Cove ialah antara filem-filem terbaharu membawa isu-isu hijau kepada penonton filem.

Walaupun mungkin tidak bebas daripada politik tertentu (The Cove misalnya, dihasilkan oleh karyawan Barat mengenai kekejaman pemburu ikan lumba-lumba di Jepun), filem-filem ini mengemukakan sesuatu yang lebih baharu dan menambahkan lagi filem hijau untuk dinilai.

Satu manfaat yang bakal diperolehi, semakin banyak filem alam sekitar dihasilkan, penilaian semakin mudah dibuat, misalnya dalam menilai isu-isu yang dikemukakan.

Isu yang dikemukakan mungkin akan perlu lebih kritikal dan penting, dan keperluan kepada selebriti sebagai penyampai semakin kurang, mengurangkan elemen-elemen pop environmentalism.

Satu contoh, semakin banyak filem dalam tema ini dihasilkan, An Inconvenient Truth terutamanya kelihatan semakin agak lame dan simplistik. Walaupun sumbangannya dalam membina kesedaran tidak dapat dinafikan, perkembangan dalam hal ini mengajar penonton lebih kritikal.

Satu kesan yang kelihatan tidak disengajakan ialah perhatian yang berlebihan kepada isu-isu yang dikemukakan, dan filem-filem sebegini dilihat tanpa penilaian yang kritikal, memandangkan masa yang semakin tidak cukup untuk kita bertindak.

Filem-filem seperti ini juga tidak dapat lari daripada terkesan oleh pertimbangan komersil dan politik masing-masing, yang hanya dapat dikesan oleh penonton dan pengkritik yang melihat dengan lebih dalam.

Labels: , , , ,