Politik Pop

Tuesday, February 15, 2011

Kebangkitan rakyat dunia Arab

Rantau Asia Barat telah menarik perhatian disebabkan pelbagai perkembangan di negara-negara di sana, dari Iran hingga ke Turki dan Mesir.

Kebangkitan rakyat yang tercetus kini telah menjadikan politik rantau ini semakin menarik, termasuk kepada yang sebelum ini kurang berminat dengan politik antarabangsa.

Selepas Mesir, peluang untuk melihat perubahan berlaku di negara lain, termasuk negara beraja di Teluk Parsi seperti Bahrain.

Dalam perkembangan semasa, kebangkitan ini membuka kemungkinan perubahan yang mendasar dan meluas, sekiranya perbahan itu diuruskan sepenuhnya oleh kuasa dalaman.

Dalam wacana perubahan dunia Arab kini, permulaan atau pencetus diletakkan sebagai revolusi di Tunisia, sedangkan kebangkitan dan protes pada skala yang lebih kecil (menuntut kebebasan dan hal yang sama dengan warga Tunisia dan Mesir) berlaku lebih awal dan secara lebih konsisten di Yaman dan Bahrain.

Perkembangan di Yaman, Bahrain dan Mesir ini telah dibawa di blog ini dan akhbar politik Siasah (di bawah pengurusan kumpulan Harakah, sehingga 2010) secara mendalam sejak 2009, lama sebelum peristiwa politik yang dilihat lebih menarik berlaku.
Siasah ketika itu menjadi satu-satunya akhbar di negara ini yang membawa laporan dan analisis tentang Yaman, Bahrain dan Mesir dengan konsisten.

Di bawah ialah pautan-pautan ke artikel tentang Yaman, Mesir dan Bahrain yang ditulis sejak 2009.






6. Kebangkitan Syiah, Disember, 2010

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home