Mesir selepas setahun kejatuhan Mubarak
"Pembinaan negara selepas kebangkitan, melibatkan kerjasama
dalam pentadbiran dan politik, ialah satu cabaran getir yang perlu dihadapi
pemerintah baharu. Pelbagai peringatan telah disuarakan berhubung masa depan
demokrasi selepas Hosni Mubarak ditumbangkan di Mesir.
"Perkembangan di negara-negara bekas Soviet yang masalahnya kelihatan jauh lebih ringan berbanding dunia Arab menunjukkan perubahan rejim yang disambut oleh banyak pihak itu masih belum menampakkan kesan positif yang diharapkan, malah ada yang sekadar menukar rejim lama dengan rejim baharu yang tidak banyak bezanya.
"Menurut Lincoln Mitchell, 'Satu lagi pengajaran Revolusi Warna ialah kelangsungan, walaupun selepas satu perubahan rejim yang jelas, ialah satu kuasa politik yang kuat. Mubarak telah pergi, tetapi tentera Mesir dan rangkaian naungannya yang luas masih wujud, memungkinkan setahun selepas ini negara itu tidak akan menunjukkan banyak beza seperti yang difikirkan oleh mereka yang meraikan demokrasi (Faded Colors, The American Interest, Mei-Jun, 2011).'"
- Revolusi Global: Dunia Dalam Era Kebangkitan Rakyat, halaman 125.
Kebangkitan rakyat di Mesir telah melepasi garis setahun kemuncaknya pada Januari-Februari lalu. Kuasa-kuasa lama kelihatan masih kukuh dalam politik Mesir, menggugat proses pilihan raya dan semakin menafikan janji-janji demokrasi dan kebebasan yang dipancarkan dari kebangkitan rakyat yang berjaya menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak itu.

Labels: Politik, Sejarah, Timur Tengah

0 Comments:
Post a Comment
<< Home